Pages

Saturday, January 31, 2009

Bicara Siswa 29 Januari 2009

Salah seorang panelnya adalah wakil dari UniMAP. Sedikit mengecewakan,gaya percakapannya tidak menampakkan gaya seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Aku tak salahkan beliau,beliau dah cuba sehabis baik. Cuma sedikit terkilan dengan dasar pemilihan MPP di UniMAP. Tiada pilihanraya,dan pemilihan itu lebih berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata. Mungkin kerana faktor ini beliau kelihatan agak tenggelam.

Aku terlupa tajuk perbincangan,tp aku masih berpendapat jawapan yang dilontarkan tidak begitu kukuh. Banyak hujah yang mampu diutarakan mengenai UniMAP. Antaranya program 7 Pillars yang menjadi keunikan UniMAP, kebolehpasaran lepasan UniMAP, dan banyak lagi.

Kesimpulannya, UniMAP seharusnya lebih teliti dalam soal pemilihan calon MPP dan tidak hanya berdasarkan akademik semata-mata. UniMAP adalah sebuah Universiti,bukannya sekolah.

2 critics:

mereka ini merupakan majlis perwakilan pentadbiran, bukan perwakilan pelajar..hehehe

Hehe.. tp mereka x bersalah. Yang bersalah orang yang melantik.

Bersalah ke? hehe

Post a Comment