Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.
Contoh:
- Apabila seseorang berjalan, tapak kakinya menolak ke lantai ke belakang. Lantai menolak tapak kaki orang itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama.
- Sebuah buku diletakkan di atas permukaan meja. Berat buku itu bertindak ke atas meja. Meja itu bertindak balas dengan daya yang sama magnitud tetapi pada arah yang bertentangan iaitu ke atas.
Hukum Newton Ketiga ni basic je,even budak form4 pun tau. xsilap aku topik ke-2 dalam silibus fizik SPM. Silibus sains spm pun ade jgk xsilap aku.. Aku bukanlah nak menerangkan pasal Hukum Fizik oleh Sir Isaac Newton ni.. tapi aku nak mengupas isu ini dari sudut yang lain..
Dalam idup neh kite mmg xleh lari dari hukum Alam. Apetah lagi hukum Sains. Kedua-dua menda neh saling berkaitan.. Ape yg aku nak kate sini salah satu aplikasi Hukum Newton Ketiga dalam idup kite, iaitu perbuatan yang kite wat sehari-hari..
Memule skali, kalo kite nak wat sesuatu menda kan mesti ade orang yang menghalang or cube halang.. tak kire la dengan care terang-terangan ke psiko ke ape ke kan.. Cthnya untuk student cam aku, aku kate aku nak blaja malam ni. Niat baik,keje pun baik.. Tapi akan wujud golongan yang menghasut aku supaye main game la,yg kutuk aku skema la, kate exam lambat lagi la.. Mesti ade respon yang menentang dari magitud yang berlawanan.
Contoh lain, kalau ade sorang mamat ni pakai baju melayu ke surau ke, mengaji ke.. Ade je golongan yg mengate.. kate koya alim la,baru nak ingat mati la,buang tebiat la dan macam2 lagi la.. Even bende baik pun dikate.. Kite pegi kepade skop yang lebih luas.. Ni aku rase of course smua tahu. Setiap kerajaan ade pembangkang, dan setiap pembangkang ade kerajaan. kompem ade yang bertentangan la.
Kalau tadi aku amek contoh baik2, ni contoh jahat pulak. Kalau Mamat (bukan name sbena) nak pegi minum arak ke,clubbing ke, mesti ade golongan yang menegur perbuatan die tu. Kalau bukan kengkawan, makpak die sdiri akan menentang jugak.
Whatever example yang aku listkan kat atas, hanyelah example semata2. here comes the point.
Kekuatan kite untuk melawan daya yang menentang daya dari arah bertentangan ni yang menjadi persoalan. Mampu ke kite lawan? Or kite just tunduk pada daya tu bodo2 je?
Disinilah perlunya pendirian yang tegar dan motivasi yang berterusan. Inilah jugak yang membezakan 'orang yang lebih suka mempengaruhi' dan 'orang yang lebih suka dipengaruhi'. Xperlu takut kalau nak menyatakan pandangan atau pendapat,kerana hukum newton ketiga ni xakan stop sampai bile2. Kalau ade orang menentang tu biase la. Kita tak mungkin memuaskan ati semua pihak. Even nabi yang baik pun ade golongan yang xsuka.
And one thing I dun think so we have to be afraid to fight back kalau kite ade fakta yang kukuh dan reason yang baik. Just go on with your stand,as long as untuk benda baik. Pandai-pandailah gunekan kelebihan dan kekurangan yang ada.
Yang pasti, kita xmungkin lari daripada HUKUM NEWTON KETIGA. =)
2 critics:
nice going ade..
betol jgk apo hk mg oyak tuh
Thanks bro. For me life is all about concept. One concept,but applied in many things.
Good luck captain!
Post a Comment