Bila saya menonton video demonstrasi oleh sekumpulan gadis muda (muslim dan non-muslim), berarak sekitar ibukota, melaungkan “who cares, who cares! Stupid Fatwa everywhere!” membantah fatwa pengharaman tomboy, I cant escape myself from getting furios.
Saya marah kerana ada golongan bukan Islam yang berani mempersoalkan urusan agama Islam, kononnya untuk membela hak wanita. Saya kecewa kerana bertambah lagi golongan yang lahirnya Islam tapi bila dewasa dan sudah ‘pandai’ berfikir agaknya, mereka turut sama menentang Islam. Bertambah lagi list panjang penentang agama atas dasar hak asasi, menyertai perjuangan bangsat SIS dan rakan-rakan mereka.
Atas nama feminism dan kebebasan hak asasi manusia, urusan agama dipersoalkan bahkan ditentang secara terbuka. Kononnya arahan agama itu bertujuan mengongkong wanita, dan kata mereka Islam seolah-olah menyalahkan wanita atas segala kebobrokan sosial sekarang, rogol, sex bebas, dan sebagainya. Bila lelaki gagal dikawal, solusinya mudah, kawal wanita, selesai masalah.
Untuk rakan-rakan saya yang muslim yang tidak bersetuju dengan sesetengah arahan agama,ini nasihat saya- Agama ini bukan hanya urusan akal, tapi kombinasi akal dan iman. Kerana itu bila agama itu dilihat hanya pada rasional akal, mudah benar kita akan melenting menuduh agama itu mengongkong dan mendiskriminasi. What we see is what we get!
Untuk rakan-rakan saya yang bukan beragama Islam yang menentang fatwa dan sebagainya yang berkaitan agama Islam, ini nasihat saya; betul kita semua punya hak kebebasan suara, tapi jangan sampai ia mencabar sensitiviti beragama, jangan sampai ia mencetus ketegangan antara kaum.
Amaran saya kepada mereka, jangan sekali-kali mencampuri urusan agama Islam! Saya hormati kamu sebagai orang yang sebangsa dengan saya, bangsa Malaysia. Tapi jangan sampai hormat itu hilang dan diganti dengan benci!
dipetik daripada http://nikabdulrazak.blogspot.com
0 critics:
Post a Comment