Pages

Thursday, March 5, 2009

Ha mengaku pun...

Krisis politik: Polis mungkin ada silap tapi perlu pastikan keamanan

KOTA BHARU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengakui bahawa polis berkemungkinan melakukan beberapa kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik Perak kelmarin tetapi menekankan bahawa polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan undang-undang.

"Jika kita kaji keadaan itu sepenuhnya, kita dapat lihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis, tetapi saya fikir Majlis Peguam sepatutnya melihat keadaan itu dari sudut undang-undang.

"Pertama sekali telah diputuskan bahawa Speaker dilarang daripada mengadakan persidangan dan jika beliau memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri ia dianggap menceroboh dan polis perlu menghalangnya," katanya.

Syed Hamid berkata kejadian itu berlaku disebabkan wakil Pakatan Rakyat bertindak tidak mengikut undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam bahawa pihak polis tidak bertindak adil semasa menjalankan tugas mereka.

"Undang-undang adalah undang-undang-undang dan apabila kita dipilih kita tidak berada diatas undang-undang," katanya.


(Dipetik daripade http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/5/mstar_berita/20090305120050&sec=mstar_berita)

________________________________________________________________


Hmm pandai pulak nak mengaku ye pakcik Hamid polis buat silap.. Kate kite xleh berada atas undang-undang, habis tu salah guna kuasa polis tu apekehey nye pakcik? Udah2 le tu,mari berdamai. Kaum lain leklok united berjaye. Ekonomi,pendidikan n mcm2 lagi sume diorang pegang. Kite ape yang nak bangge sangat kan. Depa tengok kita camni kompem gelak besar la sambil mengate kite dalam bahase diorang blakang2 kite,kite bukan tau pun..

0 critics:

Post a Comment