Drama yang memang hebat.. Macam2 berlaku dan agak menarik. Krisis perlembagaan ni akan menjadi parah kalau xde tindakan diambik. Aku cadangkan kat Pak Lah, baik la anta buat Pilihanraya balik kat Perak.
Kalau nak ambil alih kerajaan ini bukan gayanya. Melobi pesaing dengan wang dan pangkat. And then gunakan institusi raja pulak untuk perlindungan. Tak sedar sejarah sendiri dengan Sultan macam mane kan. Dan dan mase ni nak protect Sultan la. Kalau gentle kasi sultan kuasa mutlak la macam dulu. Ni sekadar penasihat semate2 xkuat beb.. Tengok la sape yang hapuskan imuniti raja2 melayu dulu kan? Seingat aku xpernah lagi la ade kerajaan selain kerajaan BN pade peringkat pusat selame ni.
Pakatan pulak,aku pening kadang2. Musykil pun ade. Encik Anwar Ibrahim (idolaku) menghidupkan semangat penghijrahan parti. Tapi nasib x baik saranan tu orang die pulak faham. Satu lagi aku bengang jugak PKR ngan DAP ni. Macam x support PAS dlm buat demonstrasi aman semua. Nampak yang banyak pakai kopiah je mase demo2 smua tu. Padahal PAS ade 1 kerusi je,iaitu MB Nizar Jamaluddin. Korang lagi banyak kerusi tp mase demo xnampak sgt. Xkan la smua peyokong DAP tu muallaf kan.
Lepas tu pulak cite pasal si katak2 yang lompat parti ni. Depa ni x pikir panjang ke ha? Kalau ko tetibe masuk parti orang,bole ke ko naik dengan lebih mendadak? Kalau pangkat menjadi alasan la kan.. Tengok ape jadi kat Ezam tu,sampai sekarang xde pape. Menyalak je lebih. Dokumen la, kotak hitam la. Rubbish je smua tu. Tunjuk la kalu betul2 ade. Muncul pun mase pilihanraye kecil je,pastu diam. And then kalau naik pangkat pun, ingat rakyat nak undi balik ke korang smua dlm pilihanraya akan datang? Kalau nak bertanding lagi la kan.. Kompem tak aku rase, da sedap dapat "gaji bonus" kan..
Tapi aku tetap sokong Sultan Perak. Baginda memang pro tahap dewa dalam law2 ni kan, Tengok sejarah baginda je la kan.. Kalau x kerana almarhum ayahanda baginda mangkat, mesti dia dah jadi ketua hakim (ke ape tah jawatan besar jugak la,bukan sebab baginda raja tapi memang baginda ni genius orangnye). Aku respek keputusan baginda. Bagi pandangan aku la, baginda sokong BN (mungkin terpaksa) sebab kuota bumi:non bumi dalam DUN xstabil. Ade brape je melayu Islam dalam tu. Baginda guna kuasa untuk jaga kepentingan bumiputera. That's a remarkable job!
Cumenye care je tak kena. Semua pihak tak kena cara. Undang2 dan perlembagaan ni ditafsir ikut masing2 punye kepale susah la kan. So ape kate berdamai dua2 pihak. BN pun,nak rampas kuasa bukan nak ambik baik2 macam Koh Tsu Koon buat kat Lim Guan Eng tu kan. Terus buang barang orang pakatan. Mane depa xpanas. So the best bubar balik, buat la pilihanraya balik Jimat duit nak bayar kat lawyer utk saman menyaman. Biar berlarutan,ekonomi kompem2 terjejas lame2. Yang gaduh nye melayu same melayu. ADUN non bumi xbanyak pulak kasi komen atau interframe dalam isu ni. Pelik kan?
Papepun aku harap keamanan tetap dapat dinikmati bersama.
0 critics:
Post a Comment