Pages

Wednesday, March 11, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah

Hmm last weekend aku ke Melaka Bandaraya Bersejarah bersama keluarga aku. Ok jgk la, seronok. Tapi kekadang aku terfikir rasionalkah Melaka digelar "Bandaraya Bersejarah"?

Kalau dilihat dari aspek sejarah memang banyak tinggalan sejarah yang wujud di Kota Melaka tersebut. Akan tetapi yang menonjol,tertonjol dan ditonjol oleh kerajaan dan media rata-ratanya adalah tinggalan penjajah. Sebut sahaja Stadhuys,Kota A Famosa. Aku jamin semua tahu kan. Sekarang cuba kalau aku sebut Masjid Tanjung Kling, Kampung Melayu Matan. Tahu tak semua tu? Pada firasat aku,ramai tak tahu. Kalau tahu pun,tak tahu apa sejarah disebaliknya. Bukak buku teks Sejarah (KBSM) pun payah nak jumpa. Ternyata,kita ni lebih bangga dengan tinggalan penjajah berbanding tinggalan bangsa kita yang suatu ketika dulu gah.

Selain itu, tefikir jugak kenapa beria-ia nak 'preserve' semua bulidings ni. A Famosa,Stadhuys. Untuk pelancongan? Bagus tu bagus,tapi cuba ko fikir kalau ko orang Belanda atau Portugal, ape perasaan ko tengok tinggalan sejarah kehebatan ko menakluk negeri lain masih kekal,dan masih dijaga oleh negeri yang ditakluk itu? Mesti kembang kempis idung ko bangge kan..

"Aku dulu datang Melaka dengan kejam,aku tembak je semua pahlawan Melayu dengan senapang aku, Sultan Melaka pun aku halau camtu je. Aku tak preserve pun istana die,barang2 berharga die aku tibai semua,jangan harap la aku nak tinggalkan kesan yang boleh menaikkan balik semangat orang-orang kat sini. Kan bagus aku buat camni, orang2 aku dapat jajah 446 tahun. Terhegeh2 lari Sultan Melaka tu naik bot murah. Lepas tu,ade hati plak nak serang aku balik guna senjata2 lemah tu. Ingat aku bodoh ke, aku buat la Kota A Famosa tu untuk lindung kuasa aku."

Haha panas tak kalau diorang cakap camni? Kompem berdesing telinga dengar.. Diorang tak cakap macam tu, tapi kalau diorang nak cakap macam tu pun boleh kan. Hakikat dah macam tu..

So nape la duk preserve bendalah tu. Siap buat balik replika kapal Portugis tu utk jadi muzium. Ya Rabbi.. Ape salahnye kan kalau buat replika kapal2 melayu dulu balik. Kitakan pelayar terhebat suatu ketika dulu. Secara tak langsung orang yang berkunjung ke tempat2 mcm tu sdikit sebanyak terdetik jgk rase bangge terhadap bangsa kan,seterusnya memberi inspirasi. Bukankah itu lebih baik?

Tak hairanlah semangat perpaduan dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia tu tipis sekali dalam majoriti rakyat kita.

0 critics:

Post a Comment